KUALA LUMPUR: Keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu, Datuk Noor Effandi Ahmad gugur serta-merta susulan tindakannya menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Keputusan itu dibuat oleh Biro Politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam mesyuarat pada Rabu.
“Biro Politik Bersatu juga telah membuat ketetapan bahawa ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad gugur keahliannya secara serta-merta di bawah Fasal 10 Perlembagaan Bersatu.
“Ketetapan ini akan disahkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu akan datang,” kata parti itu dalam satu kenyataan malam ini.
Dalam mesyuarat itu, Biro Politik Bersatu turut membincangkan perkembangan politik terkini di negeri Melaka dan menyatakan rasa kecewa dengan situasi tersebut.
BACA: Keahlian Noor Effandi yang berpaling tadah, gugur secara automatik - Mohd Rafiq
“Biro Politik Bersatu melahirkan rasa amat kecewa dengan tindakan empat ADUN Melaka yang menarik sokongan terhadap YAB Ketua Menteri Melaka sehingga membawa kepada pembubaran DUN Melaka ketika rakyat sedang berhadapan dengan pandemik COVID-19.
“Biro Politik BERSATU berpendapat bahawa kemelut politik ini berpunca daripada masalah dalaman parti politik tertentu dan ianya bertambah parah apabila terdapat pihak tertentu yang mengambil kesempatan tanpa memikirkan kebajikan rakyat serta kepentingan negara pada ketika ini yang masih di peringkat awal proses pemulihan,” katanya kenyataan itu lagi.
Justeru, parti itu berpendirian bahawa kemelut politik di negeri Melaka perlu diselesaikan mengikut lunas Perlembagaan Negeri Melaka dan Perlembagaan Persekutuan dengan mengambil kira kepentingan rakyat.
Astro Awani
Wed Oct 06 2021
Keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas dari Bersatu, Datuk Noor Effandi Ahmad gugur serta-merta. - Gambar fail/BERNAMA
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
15 Adun Perikatan Nasional bertemu TYT Negeri Melaka petang ini
Difahamkan kesemua Adun itu akan mempersembahkan Akuan Bersumpah (SD) tanpa nama dua Adun Bersatu.